Langkah Langkah Menangani COVID19

Langkah Langkah Menangani Penularan Wabak Current Novel Coronavirus (COVID 19)


Meletakkan keselamatan dan kesihatan ahli keluarga serta masyarakat umum sebagai keutamaan, beberapa langkah berjaga-jaga telah di nyatakan oleh kerajaan untuk mencegah wabak COVID 19 terus merebak.

Susulan pengisytiharaan World Health Organization (WHO) berkaitan wabak COVID 19 pada tahap pandemik, berikut adalah langkah - langkah yang di nyatakan oleh kerajaan.



1) Menangguhkan program-program tidak kritikal yang menghimpunkan orang ramai. Elakkan diri dari berada di satu-satu kawasan yang mempunyai ramai orang seperti shopping mall, stadium, kelab malam, pasar dan sebagainya.

2) Menghadkan pembeli ke pasaraya untuk membeli bekalan dapur, hanya ketua keluarga di benarkan untuk keluar membeli bekalan dapur. Dengan ini kita mampu mengurangkan jumlah orang di sesuatu tempat seperti pasaraya.


3) Sentiasa membasuh tangan dengan sabun atau senitizer untuk memastikan tangan sentias bersih. Bagi yang muslim teruskan berwudhu dan solat 5 waktu sehari demi menjaga kebersihan diri.

4) Kerajaan juga menasihatkan agar sesiapa yang mempunyai gejala berkaitan wabak ini untuk mengambil langkah-langkah pencegahan seperti mengunakan topeng muka dan mendapatkan pemeriksaan kesihatan di pusat kesihatan berdekatan.




5) Langkah terakhir adalah langkah yang paling penting iaitu, duduk sahaja di rumah sepanjang perintah berkurung. Ini juga dapat membantu diri anda dari terkena wabak COVID 19 serta membantu kerajaan dalam menangani wabak dari terus merebak.

Sepanjang perintah berkurung yang disarankan oleh kerajaan, ambil lah peluang untuk bersama-sama keluarga demi meneratkan lagi hubungan suami isteri dan anak-anak. Gunakan waktu ini untuk melakukan aktiviti rumah bersama-sama.


Sekian Terima Kasih.

Ditulis oleh :FMZA
Untuk : One Touch Controls Sdn Bhd
Date : 23 March 2020


Email : one.touch.controls@gmail.com



Comments

Popular posts from this blog

4 Reasons Why You Need to upgrade Your Access Control System

Face Recognition Access Controls Technology

SECURITY ACCESS MANAGEMENT SYSTEM