6 tip untuk memilih CCTV

6 tip untuk memilih CCTV kamera yang sesuai untuk rumah anda 



Memilih CCTV kamera untuk rumah anda kadang-kadang boleh memeningkan kepala kerana terlalu banyak pilihan di pasaran. Di zaman yang serba cangih dan berkebolehan ini, kamera bukan lagi sekadar merakam video sahaja malah menjadi teknologi yang bijak untuk menjaga keselamatan premises dengan lebih bijak seperti 

1-“face recognition”, 
2-rakaman suara, 
3-infra merah 
4-“virtual fencing”, 
5-“people counting”
6- “high definition” kamera dan macam-macam lagi. 

Adalah amat penting bagi setiap penguna untuk mengetahui jenis-jenis kamera yang sesuai untuk dipasang di rumah. Di sini saya nyatakan 6 perkara asas yang anda perlu tahu sebelum memiliki kamera litar tertutup untuk kediaman anda. 

1.    Keperluan memiliki Kamera Litar Tertutup

Perlu kita bertanya pada diri sendiri, apakah keperluan untuk memiliki kamera litar tertutup ini? Apa yang ingin anda awasi sepanjang masa? Perlukan PTZ kamera, dome kamera atau bullet kamera? Perlukan pemasangan luar rumah atau dalam rumah? Berapakah peruntukan yang diperlukan? Setiap kamera mempunyai kelebihan dan keunikan masing-masing bergantung kepada keperluan rumah anda. 

Kawasan rumah terbahagi kepada tiga atau empat bahagian asas untuk pengawasan kamera yang paling sesuai. Berikut adalah kawasan yang saya maksudkan:-
            a) Tempat parkir kereta,
            b) Ruang Tamu
            c) Pintu masuk belakang rumah/ pintu dapur
            d) Ruang Keluarga Di atas (untuk rumah 2 tingkat)

Ruang ini adalah antara ruang utama untuk setiap rumah yang ingin memiliki pengawasan kamera litar tertutup. Kawasan-kawasan lain yang tiada di dalam senarai, adalah bergantung kepada keluasan rumah. 

2.    Jenis-jenis Kamera Litar Tertutup


Pemilihan kamera untuk rumah adalah amat penting supaya kawasan yang berada di bawah pengawasan kamera dapat di lihat dengan jelas dan terang jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Antara perkara asas yang perlu kita ketahui adalah
            a) Jenis Kamera
            b) Jenis Lensa
            c) Resolusi kamera
            d) infra merah untuk penglihatan malam 

a) Kamera
Terdapat 3 jenis kamera asas yang perlu di ketahui iaitu Kamera Analog, Kamera IP dan Kamera HD (high definition). Ketiga-tiga jenis kamera ini mempunyai kelebihan masing-masing. Kamera Analog adalah antara kamera yang paling murah di pasaran kerana mempunyai resolusi yang rendah berbanding Kamera IP dah HD. 

Kamera IP dan HD mempunyai resolusi yang tinggi berbanding kamera analog, ianya amat bersesuaian jika imej yang di  ambil oleh kamera adalah untuk mengenalpasti nombor plat kereta atau motosikal yang melintasi kawasan rumah. Amatlah penting untuk mengetahui jenis-jenis kamera sebelum memilikinya.

b) Jenis Lensa
Antara jenis-jenis lensa yang terdapat di pasaran adalah seperti pan tilt zoom (PTZ), thermal lens, wide angle lens, fix lens dan lain-lain lagi. Setiap lensa ini mempunyai peranan yang berbeza-beza bergantung kepada keadaan yang hendak diawasi.

c) Resolusi Kamera
Setiap kamera mempunyai lensa yang berbeza, ianya bergantung kepada megapixel untuk setiap lensa. Semakin tinggi megapixel untuk lensa tersebut maka semakin jelas dan tinggi kualiti pada imej sesebuah kamera tersebut. Untuk megapixel kamera IP dan HD yang tinggi adalah 8MP ke atas, untuk serdehana adalah diantara 5MP hingga 7MP dan paling rendah adalah di antara 2MP hingga 4MP. 

d) Infra-merah untuk penglihatan Malam
Fungsi infra-merah adalah untuk memastikan kamera berfungsi dengan baik dan terang walaupon keadaan sekeliling adalah gelap dan malam. Ini juga penting supaya kamera yang di pasang dapat melakukan tugas pengawasan dengan baik pada waktu malam. Semakin banyak infra-merah di kamera maka semakin jelas imej video di siarkan.

3.    Kat Mana Nak Pasang Kamera Litar Tertutup ni?


Sebelum membuat keputusan untuk membeli kamera litar tertutup pastikan anda sudah mengetahui di manakah lokasi-lokasi kamera yang ingin diawasi (boleh rujuk pada point 1). 

Untuk kawasan luar rumah, pastikan pemilihan kamera mempunyai ketahanan tinggi seperti panas matahari dan hujan (cuaca Malaysia). Jika tersilap kamera, besar kemungkinan kamera itu akan mudah rosak dan tidak dapat menjalankan tugas rakaman dengan baik. Tidak perlu untuk membeli kamera yang tahan letupan (explosion proof) ini juga tidak sesuai untuk pemasangan di rumah. 

Untuk kawasan dalam rumah, pastikan anda memilih lensa yang betul. Lensa “wide angle” amat sesuai untuk pemasangan dalam rumah, kerana dalam rumah biasanya mempunyai kawasan yang lebar dan rapat. Zoom lensa mungkin tidak bersesuaian kerana anda ingin melihat keseluruhan ruang rumah bukan sebaliknya.

4.    Berapa Besar Data Storage Diperlukan?

Pada tahun serba moden ini, kebanyakan barang IT sudah menjadi murah dan mudah didapati. Untuk storage video Kamera Litar Tertutup ini bergantung kepada penguna. Semakin besar storage Hardisk, semakin lama video rakaman dapat disimpan. Minimum storage hardisk anda boleh dapati di pasaran adalah 1TB. Ini pon sudah mencukupi jika hanya ada 4 kamera litar tertutup di rumah. Harus di ingat, dengan 1TB storage hardisk mampu menyimpan 7 ke 14 hari rakaman bergantung kepada size Megapixel kamera dan juga setting kamera (motion sensor or 24/7 recording).

5.    Mobile Cloud Services.


Hari ini semua orang mempunyai telipon bimbit dan boleh di bawa kemana sahaja. Dengan kecangihan ini, kita mampu untuk melihat kamera litar tertutup rumah kita hanya dengan mengunakan talipon bimbit. Pada masa yang sama, setiap rakaman video juga di simpan di dalam hardisk dan juga cloud. Jika ada sebarang kejadian di rumah, ianya akan memberi mesej ke talipon bimbit anda. Harus diingat, mobile services ini hanya boleh berfungsi jika mempunyai internet connectivity. Kalau takde internet ape pon tak boleh nak lihat.

6.    Dapatkan Khidmat Nasihat Dari One Touch Controls Sdn Bhd.


Adalah lebih baik untuk penguna mendapatkan khidmat nasihat professional dari engineer kami sebelum memilih untuk memiliki kamera litar tertutup untuk rumah anda. Kami menyediakan solusi kamera yang lengkap seperti hardware, software, cabling, installation, termination, testing and commissioning. Kami juga mempunyai servis maintenance yang lengkap untuk setiap pelangan kami.

Keselesaan dan Keselamatan anda adalah Keutamaan kami. Sekian terima kasih.




Ditulis oleh :FMZA
Untuk : One Touch Controls Sdn Bhd
Date : 9 March 2020

Email : one.touch.controls@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

4 Reasons Why You Need to upgrade Your Access Control System

Face Recognition Access Controls Technology

SECURITY ACCESS MANAGEMENT SYSTEM