Rumah Pintar


9 sebab kenapa perlu “Home Security System





1. Melindungi Isi Rumah Dengan “Home Security System”

Kecuaian tuan rumah antara faktor utama peningkatan kes pecah rumah dan kecurian yang mencatatkan 17.68 peratus yang dilaporkan tahun 2018. Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Perak, Senior Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, peningkatan itu membabitkan 151 kes menjadikan jumlah keseluruhan yang dicatatkan adalah 1,005 kes berbanding 854 kes tahun 2017. 

Peningkatan kes pecah rumah ini berlaku lebih kepada kecuaian mangsa yang mengundang peluang kepada penjenayah. Banyak kes ini berlaku kerana kediaman tidak dikunci dengan betul terutama melibatkan rumah-rumah yang tidak mempunyai sistem keselamatan. Ada kes kita lihat rumah itu tiada kesan pecah masuk tetapi barang berharga milik mangsa hilang.

Memasang “home security system” bermakna penguna akan dapat melindungi rumah, harta benda dan keluarga anda selamat dari risiko pecah rumah oleh pencuri.




2. Amaran Awal Jika Berlaku Kebakaran.
Masih ramai diantara kita merasakan Home Security ini hanyalah untuk melindungi rumah daripada pencuri dan aktiviti pecah rumah. Tahukah anda, “Home security” sistem mampu memberi amaran awal jika terdapat asap dan kehangatan api di dalam rumah. Dengan amaran awal ini kebakaran mampu di elak dari terus merebak.

“Heat detector” sensor boleh di tambah ke dalam “home security” sistem juga. Sensor ini mampu mengenal pasti jika berlaku kehangatan secara mendadak di kawasan tertentu di dalam rumah penguna. Ianya mampu memberi amaran awal walaupon sekecil api supaya ia dapat mengelak dari kebakaran kecil terus merebak dengan pantas. 




3. Menguruskan Elektrik Dengan Lebih Efektif Dan Bijak




Sebab ketiga kenapa “Home Security” ini harus ada pada setiap rumah adalah ianya dapat membantu dalam menguruskan kuasa elektrik dengan lebih efektif dan bijak. “Home Security” mampu untuk mengawasi pengunaan elektrik di dalam rumah. Di antara kita mungkin pernah meninggalkan rumah dan terlupa untuk memadamkan suis. Dengan sistem ini, penguna boleh menutup suis tanpa memerlukan keberadaan di dalam rumah. Hanya dengan telipon bimbit sahaja penguna mampu untuk memadamkan suis yang terbuka tadi. Dengan sistem yang sama penguna juga bole membuka penghawa dingin walaupon dalam perjalanan pulang ke rumah. Ini dapat memberi keselesaan sejurus selepas penguna tiba di rumah.



4. Melindungi Keluarga Dari Gas Yang Tidak Dapat Dihidu

Gas karbon monoksida adalah gas yang tiada bau dan warna. Gas ini biasanya terjadi daripada dapur gas, dapur kayu dan banyak lagi. Manusia biasa tidak dapat mengesan gas karbon monoksida di udara, gas ini amat merbahaya dan membunuh secara tidak sengaja.

Ada beberapa kes di mana karbon monoksida boleh membawa mati. Adanya karbon monoksida sensor bersambungan dengan “Home Security” sistem maka gas ini akan dapat dikesan dengan lebih awal. Tuan rumah juga boleh lah mendapat rawatan hospital dengan lebih awal untuk mengelak keracunan dari bau gas.




5. Mengawasi Rumah Di Mana Sahaja Anda Berada




Bagi keluarga yang sering “outstation”, sistem ini amat penting dan berguna. Ianya boleh memudahkan kita untuk mengawasi keadaan sekeliling rumah kita tanpa perlu berada di rumah. Rumah adalah antara aset yang paling besar akan di miliki oleh setiap keluarga. Amatlah sedih jika kita tidak dapat melindunginya dengan baik dan cekap. “Home Security” Sistem ini dapat membantu penguna untuk mengawasi keadaan rumah di mana sahaja anda berada.




6. Mempromosikan Sistem Rumah Pintar

Antara sebab-sebab anda harus memiliki “Home Security” sistem adalah ianya akan menjadikan rumah anda sebagai rumah pintar. Ianya antara servis yang sangat menarik untuk jadikan rumah anda rumah pintar, selamat dan selesa. Selain dari keselamatan rumah, keselesaan juga akan dapat di nikmati oleh keluarga. Kebanyakan rumah pintar dapat mengawal lampu, kunci pintu, termostat, penghawa dingin, television dan lain-lain lagi. Kesemua ini dapat di buat secara berjadual sebagai tambahan untuk keselamatan dan keselesaan rumah anda.

7. Mengawasi Rumah 24/7 

Antara kelebihan yang akan di perolehi oleh penguna adalah rumah akan sentiasa di awasi oleh system 24/7. Sebarang kecurigaan yang berlaku di dalam rumah, sistem akan terus merepotkan maklumat itu ke talipon bimbit anda. Jika tiada sebarang maklum balas, sistem itu juga mampu untuk menghubungi bantuan kecemasan yang berdekatan seperti, bomba, polis, ambulance dan sebagainya bergantung kepada keadaan yang berlaku.


8. Perlindungan Kecemasan Warga Emas

Berdasarkan kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada tahun 2010, mendapati seorang daripada tiga warga emas berusia 60 tahun ke atas terabai dan tiada sokongan pendapatan daripada anak masing-masing. Warga emas yang tinggal bersendirian berisiko tinggi untuk mendapatkan bantuan kecemasan seperti perubatan dan ambulan. “Home Security” sistem juga boleh di sambungkan kepada hospital untuk memberi bantuan kecemasan seperti ambulan. 





9. Memberi Ketenangan Fikiran Dengan “Home Security System”

Secara keseluruhan, kenapa penguna perlukan Home Security Sistem - ianya memberikan ketenangan fikiran “peace of mind” mengetahui bahawa keluarga dan rumah kita berada dalam keadaan yang selamat samada kita berada di dalam rumah mahupon ketika berada di luar rumah. 

Dengan adanya sistem ini di rumah, penguna akan berasa yakin dan tenang bahawa sistem ini dapat mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak di ingini seperti kecurian, pecah rumah, kebakaran, dan macam macam lagi.




Ditulis oleh : FMZA
Untuk : One Touch Controls Sdn Bhd
Date : 3 March 2020

Comments

Popular posts from this blog

4 Reasons Why You Need to upgrade Your Access Control System

Face Recognition Access Controls Technology

SECURITY ACCESS MANAGEMENT SYSTEM