PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT


YAB Perdana Menteri sudah mengumumkan mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat antaranya ialah Bantuan Prihatin Nasional (BPN) pada tarikh 29 Mac 2020. Ianya bertujuan untuk membantu golongan B40 dan M40 bagi memastikan golongan ini mendapat bantuan dari kerajaan bagi menghadapi cabaran COVID 19 ini. Perintah berkurung juga telah berkuat kuasa serta merta bagi memutuskan rantaian COVID 19 ini dari terus merebak.
Kerajaan akan membuat pembayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) secara berperingkat, mulai Isnin ini. Pembayaran membabitkan peruntukan berjumlah RM5.63 bilion itu akan memberi manfaat kepada 8.3 juta isi rumah.

Malaysiakini - Rakyat patut tahu duit pakej rangsangan dari mana?


SIAPAKAH GOLONGAN B40 dan M40?


Mereka adalah golongan pendapatan isi rumah bulanan penengah bagi kumpulan terendah 40% (B40), kumpulan pertengahan 40% (M40) dan kumpulan tertinggi 20% (T20).
Ini adalah hasil daripada kaji selidik Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (PPIR & KA) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Kajian PPIR & KA dikendalikan 2 kali setiap lima tahun dan pada masa ini Jabatan Perangkaan Malaysia sedang mengendalikan kajian ini di seluruh negara. Selama ini, tahap untuk setiap peringkat pendapatan kumpulan telah meningkat dan ini merupakan salah satu petunjuk pertumbuhan ekonomi di Malaysia.

Kumpulan T20 adalah mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah median yang sekurang-kurangya RM13,148, dan median untuk kumpulan M40 dan B40 telah meningkat sehingga RM6,275 dan RM3,000, masing-masing.

Perlu diingat bahawa definisi kumpulan pendapatan ini tidaklah tetap. Isitilah B40, M40 dan T20 sebenarnya mewakili peratus populasi negara bagi 40% Terbawah, 40% Tengah dan 20% Teratas, masing-masing. Nilai ini mungkin naik atau turun dari tahun ke tahun, bergantung kepada penyata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Itulah sebabnya, mengapa pendapatan isi rumah median digunakan sebagai penentu.

Apakah Maksud Pengkelasan Pendapatan B40, M40 dan T20?

APAKAH KELAYAKAN UNTUK TERIMA BPN?



Semakan BPN Online Status Permohonan Baru Dan Rayuan


INFOGRAFIK PRIHATIN RAKYAT 2020





MERANCAKKAN EKONOMI MALAYSIA.

Seperti yang kita semua maklum, sebahagian besar rakyat Malaysia berasa lega dengan pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kita percaya dengan insentif diberikan, ia mampu menggerakkan ekonomi negara yang berada dalam keadaan tidak menentu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dengan adanya insentif ini, kuasa beli pengguna akan kembali pulih, ekonomi kembali rancak malah semua sektor termasuk peruncitan, perdagangan dan apa juga aktiviti perniagaan akan aktif kembali. pemberian subsidi dan bantuan kepada rakyat dilihat begitu penting kerana ia menambah lebihan dana yang ada dalam poket pengguna dan mendorong peningkatan dalam perbelanjaan harian.

Peningkatan permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan ini menambah penawaran wang dalam pasaran, secara langsung mengukuhkan pasaran kewangan negara.

CadanganRakyat: Rancakkan ekonomi, satu-satunya cara selesaikan ...


Peredaran wang dalam pasaran akibat rangsangan fiskal menggerakkan dan merancakkan ekonomi. Permintaan yang tinggi membolehkan peniaga menambah stok barangan daripada pembekal, seterusnya pemborong dan pengilang.

Rantaian ini menjana pertumbuhan ekonomi, sekali gus mendatangkan impak positif kepada kerajaan dengan pulangan hasil daripada pengutipan cukai jualan dan perkhidmatan.

Sekian terima kasih.


#staysafe
#stayathome
#OTCCare




Ditulis oleh :FMZA
Untuk : One Touch Controls Sdn Bhd
Date : 6 April 2020

Email : one.touch.controls@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

Fever screening thermographic camera

Security Access Management System - Face Recognition